Friday, November 26, 2010

suap - suap cinta dari aku!

untuk kamu,

disuap, sedap?
dari hati ke tangan,
dari tangan kemulut,
dari mulut turun semula kehati..

mungkin aku tidaknya seperti kamu,
tapi sedaya upaya aku untuk kamu,
lihat, catat, dan lukis dalam hati..
tanda cinta dari aku..

biarkan aku ingin berasa gah dihati sendiri,
kerana cinta dari kamu adalah mewah..!

bersyukur dan menyayangi kamu seiklasnya..



love from faizal nanchan to dodolku Lina madiha

          (- -) -------------------- (o o)

Saturday, November 13, 2010

pembongkaran rahsia terbesar!

BELACAN!!

pls..untuk yang tahu sahaja.
inilah resepi/bahan rahsia dlm masakan aku..
sepanjang bergelar chef!

Tuesday, November 9, 2010

Hey yang terkinja! apa tujuan kamu?

setiap mereka berkarya,
setiap mereka berkata seni itu ada pada mereka,
setiap mereka berkata mereka ingin menyumbang pada seni negara,
tapi walhalnya mereka akan lupa,
yang di niat mereka lupa,
egois, dalam semua karya,
matangnya tidak, cuma suka-suka,
mengapa?
pepatah lama berkata "tepuk dada tanya selera".

alpagios, pentatonic, swapping yang diutama..
bukan mentronom yang di kira pada mula,
hasilnya?
karya agung bagi mereka..

pembawakan kawan..
pembawakan..
yang dicari itu penting...
pilih disini..

1. penyampaian dan expresi emosi sendiri?
2. suka-suka sendiri?
3. mahu popular yang dicari?
4. minat yang tinggi?
5. menyampaikan item-item yang direka tanpa di copy?
6. duit?

selayak tingginya sekarang ini..
karnival sana sini...
mengapa?
sebab peminat mereka, mereka, dan mereka,
berpura-pura sebab kawan-kawan mereka kata pada mereka, yang mereka suka, lalu mereka pun cuba turut suka..
mereka itu anda ditakuk situ saja.
sedar..
jika mereka menggila sebab karya itu sememang nya unggul semacam karyanya Allayarham Sudirman,
mereka buat konsert dimana pun mereka pasti boleh datang,
bukan dekat chow kit road sahaja tahu?
dulu lain sekarang lain bukan alasan..
cuba..renungkan sahaja..
aku juga masukkan dalam diri,
marah tidak sekali,
cuba mengguris yang lain, yang angkuh bila sudah tinggi, yang lalai bila diselubungi keseronokkan sendiri..
walaupun secebis cuma, yang membaca, yang pernah berkata aku mahu jadi seniman juga, pilih dan tetapkan cuma..mana tujuan sebenarnya...

Thursday, September 30, 2010

aku bulan dan awan!

cemburu tanpa kata-kata,
marah tanpa nada,
cinta sukar dipertonton,
tapi percaya,
abadi iya jika kita saling percaya!
abadi iya jika berbincang dgn mesra!
abadi iya jika jujur itu dipertama!..
abadi iya jika tanggungjawab itu unggul dimana-mana.

imaginasi membina dan menghancur,
cara pendekatan itu penting..
positifkan minda..

aku mahu jadi bulan dimalam mu,
aku mahu jadi awan disiangmu.
pls!

mengapa?
dimalam aku pantulkan cahaya agar kau melihat jalan,
tanpa tersadung kebatu-batu..
disiang aku melindung dari terik cahaya mahatari agar kau redup segalanya..
selesa sentiasa..

pls gadisku madiha.

love untuk kamu!

p/s: sayang kau ketat-ketat, cinta kau padat-padat.

Saturday, September 18, 2010

aku mahu jadi superhero!

ya..superhero hatimu sengal!

Air mata tanda cinta!

sentap melihat sidia,
kerna ada air yang hampir mencurah dimata..
aku ajukan,
mengapa?
memek muka yang menjawab,
hiba, cinta, nyata keluar dan bermain dalam hati.
apakan daya,
situasi perlu kita fahami.
tiada jalan singkat untuk hindari hari seperti semalam,
tunggu aku usha..
duduk dikerusi dua, rumah yang dikramatkan disana,
kedai tiga tingkat yang disudut sana, rumah yang dipanggil yatim dua pastinya..
akan aku cuba untuk kau pastinya!

Tuesday, September 7, 2010

untuk si cun lie ku!

selincah kau,
nyata ada lembut,
dari berbilion gadis,
kau ada kelainan,
biar yang lain mengata,
janji si romeo mu ini tahu,
siapa kamu,
ayu kamu,
comel kamu,
cantik kamu,
bagus kamu,
cerdik kamu,
bebel kamu,
sayang kamu,

haha..
kau sudah ku kata,
kita adalah semua..

emosi-emosi biar cuma kita yang tahu..
riang itu perlu,
sedih itu di tepi..
manja-manja itu pasti!

Tangis kasih untuk bonda dan kamu-kamu!

Bonda,
memang semamangnya aku tahu,
kau lah yang menatang diri ini sejak dari sedar,
kaulah yang mengajar aku sejak dari engsot-engsot lagi..
tapi,
mungkin tidak ada tanda hargai dulu,
mungkin penyampaian kasih tidak gah dari aku,
menangis aku
menangis aku.
Bonda,
maaflah untuk aku...
tiada yang termampu,
penat dari kamu kini masuk dalam hati ku,
janji dari aku bukan calangan kini..
doakan, dan terus doakan...
memang sedih,
tapi ingatlah aku kini berjuang untuk kamu.
mahu apa?
ungkap!
dan aku usha....
pasti!



Kamu-kamu,
sememangnya pertama..
korban dibalas korban,
kasih dibalas kasih..
biar tiada nampak aku berdiri...
tapi percaya,
aku gah disisi.....

Friday, September 3, 2010

gadis supersonic

lu la sengal..
ha..lu yang baca..
lu ingat wa x tau lu bace?
lu la gadis supersonic wa..
hahaha...

super so unic!


madiha!

herm..
lagu untuk kamu aku dah reka ,
nti aku persembahkan dgn seromantisnya..
ok?


p/s
ha..ni utusan cinta buat aku punya gadis,
kolot dan jiwang lu kata, da hati aku mcm nie..
x de nk jadi hipokrit tunjuk lelaki, tapi sedih2 sendiri..
janji si dia suka, hati lain x payah bicara..

:)

Saturday, August 21, 2010

aku bisa tersungkur!

hari nie aku melangkah kedalam lagi,
aku melihat aku diletak sebaris dgn para mereka
nyata ingin menangis..
berbeza dan jauh aku boleh tersungkur,
memang, duduk samanya rendah..
tapi bila berdiri, tidak samanya tinggi bila dengan mereka,
nama-namanya terkeluar, mulanya tiada dalam otak ku, tapikau tanam dalam minda, dan kadang-kadang buat aku sendiri curiga,
cuma aku selak-selak satu persatu di alam maya ini,
aku fikir, layakkah aku...
sedangkan mereka-mereka itu jauh istimewanya,
nyata dia yang boleh membina jawapan...
mungkin ianya masih baru.

Friday, August 20, 2010

Romantik?


aku  selongkar alam maya ini sekeliannya,
aku skip satu persatu cerita cinta yg aku ada,
aku tapis baris-baris lagu untuk mengurai apa itu cinta.
semata-mata untuk dia..
ini berbeza....
nk berlagu nada?
kene siram air sudahnya.
nk bersurat cinta?
mampos aku mahu pikir kandungannya. research-research tadi susah mahu guna.
mahu candel light dinner?
itu tggu mahu kawin punya cerita..
tgk kemampuan la juga..

dari subuh kemalam.
tenteram?
bodoh! sudah tentu tidak!
mengapa?
cerita cinta, mmg begitu hasilnya...

mahu tahu bagaimana aku sitidak romantik melamarnya?
biar si dia bercerita...`
kisah sidia apa yang dirasa..

Wednesday, August 18, 2010

Kelibat!

melihat kelibat pasti rasa takut,
digembar-gembur selama lima tahun yang sudah..
banyak yang telah aku belajar,
lenggok-lenggok wanita dan emosi yang mengawal mereka,
mempermain rasa sayang aku sebenarnya..

kadang-kadang ada tangis dalam kesedihan,
tetapi riang didalam hatinya,
kadang-kadang suka,
tapi pura-pura tidak mengendahkannya..
itu la dia..

mmg ada usha,
tapi lagi byk dukanya,
bila tiada tarikan kpdnya, mula dia menggoda..

tiada perasan aku selama yang lepas..
kini aku bangkit dan sedar,
tipu-tipu sentiasa berlegar,
letak kan semua salah seperti biasa,
aku sudah tidak kesah.

lebih baiknya tiada,
dari meletak aku sentiasa didalam bencana,

semoga diatas memberi yang terbaik,
amin!

se-round.

fenomena anih disekeliling..
kurang menggemari,
jika berdiam, aku kurang selesa,
jika aku bersuara, aku marah tp dgn sebesar kuman sahaja,
jika aku berubah...paham paham sajalah..

yang sekeliling penting,
yang sekeliling runsing,
yang sekeliling pening...
ish....

dicuit menangis...











putih latarnya

kadang-kadang aku sendiri gentar,
kata-kata yang dulu-dulu membuat aku berfikir..
dimana dan akan kemana diletaknya aku nti..
mungkin kepenjuru-penjuru hatinya?
mungkin kepelusuk-pelusuk mindanya?

berfikir lagi,
latarnya kain putih, latarnya suci dan indah,
memilih bukan dari aku,
memilih datangnya dari kamu,
layaknya atau tidak diletak atas kamu..

mengapa?
kan udah dikata,
latarnya putih, tidak aku yang kehitaman!
pilih jalan mana pun...
bukan tiada kisah..
sebab layaknya kamu, bukan aku...

Cuma satu nasihat,
jgn terlalu bermain dgn kata-kata dan lenggok anggota,
kerna aku berfikir dari sana..
tindakan aku pon berasalnya dari kata kamu sbnarnya..
jgn sesedap suka,
kerna dalam tiada sedar aku memerhati sebenarnya..
phm-phm saja...
kata-kata dan perbuatan menentu masa depan ya?
tp sedarlah, kata-kata silam seketika dulu harus juga dikira...

Monday, August 16, 2010

adakah bakal taufan?

pening dan merasakan fenomena anih!
kurang selese la!

Saturday, August 14, 2010

si kudung yang malu!

silakan..
aku senyum,
silakan..
aku gelak dan ketawa.


Lihatlah dengan apa cara,
yang pasti ia adalah aku.....
lihatlah dengan apa cara....
dipersoal aku....
masa depan?
tentulah ia nya masa depan aku...

mmg terhuyung-hayang.
tapi aku mula belajar semula berjalan,
biasa la...
dulu kakinya dua, skrg cuma satu....
agak kekok la disitu..
kaki yang putus itu,
dah tentu tidak akan disambung,
mengapa?
sbb aku kan dah cakap,
aku sedang belajar berjalan guna kaki yang satu..

jgn la dipersoal selalu..
si kudung ini malu.
si kudung berkaki satu.

Friday, August 13, 2010

kata boleh tenggelamkan dunia?

Kadang-kadang diri mula lupa asalnya,
pemikiran-pemikiran longgar bila berkata-kata harus dielak,
perlakuan-perlakuan berkhias expresi jijik harus tidak diperlihat.
tercuit sedikit bersapuan, terguris sedikit bagaimana hendak dibetulkan?
kata-kata diharap bagus sentiasa,
kerana kata apa-apa bisa...
benarkah bisa?
atau kita hanya berdrama sepanjang masa?
bila mengguna pancaindra dan alam maya,
sedar...yang diatas mengumpat diri dibawah, dibawah mengumpat diri diatas...
haha..
jgn pernah terguris dgn penulisan aku.
benar, ini luahan nasihat  :-)

Saturday, July 31, 2010

Loboskan minda, tipu dengan kata-kata, sampaikan dengki dengan gerak anggota

berfikir lah dengan cerdik mana kamu,
golongan yang berdampingan hanya ditakuk itu,
pelan-pelan kamu masuk dan berdiri samanya tinggi..
katanya tinggi, padahal, setegak paku berdiri..
jadi, kamu perlu kuat...tarik mereka sebenarnya.
ajak melompat bersama-sama,
agar cerdik kamu itu membawa seribu lagi cerdik bersama...
baru kawan namanya

tipu-tipu hanya ditelinga,
terus dengan apa yang dirasa..
janganlah percaya pada pendusta..
jika kamu tutup telinga..
kire settel semuanya..
buat je apa yg dikepala....

badan menari,
tunjuk bahasa dari kepala,
cara yang hebat untuk bg tahu itu perasaan dengki,
kamu peduli apa...
jgn pikir...
nti kamu runsing...
jgn pikir...
nti kamu runsing...
biarkan begitu...
dan kamu lihat sahaja sampai bila..


tiada siapa atau apa..
untuk kawan yg jauh dimata.
yg sinis buka mata..
setengahnya untuk anda...
yg suka gosok mata..
walaupun aku tahu..
kau tidak membaca..
tp ia untuk kau juga..

Kiasan malam itu!

bodoh, pergi aku tanpa ada usul terlebih dahulu..
ini la jadinyer, terpaku - paku..
nampak aku kehulu kehilir?
ape yang kau buat?
merengek manje..
menjengkelkan....!
lain orang sama juga perihal..
tapi lain orang tiada ada apa yang ko ada.
bagi tahu seluruh dunia adanya dia.
pergi laung dan nyalak atas bukit jerit namanya...
seperti kau dan binatang yang menyalak itu sama!
tidak sedar aku sentiasa perhati..
bangga...bangga...
padahal aku tahu ceritanya..
berbeza-beza......
lagi kau tidak sedar...
sebab..dia dia dia!

:)


jangan ada yang bersuara terkena muka,
sbb kiasan aku tuju satu sahaja..dan cuma aku tahu perihalnya!

Thursday, July 22, 2010

lihat rama-rama jangan seperti kamu melihat aku..

rama-rama itu terbang, seperti aku,
terbang sang rama-rama itu sebentar-sebentar,
mungkin kerana tiada daya, atau cuma tabiat sang rama-rama memang begitu.
menghibur mata-mata dengan ramuan warna dibadannya tanpa ada bunyi dari mereka.
hidupnya cuma begitu, kesian juga kerana hayatnya tidak lebih satu purnama..
kesian sang rama-rama itu bukan?

tapi jangan kesiankan aku...
kerna, aku penuh dengan usha,
terbang aku tidak cuma seketika,
jika ada daya......
seluruh alam aku terbang melihat dunia..aku menghibur dengan kata-kata,
tiada warna-warna indah pada muka, kerna aku tahu ada cela..
tidak tampan seperti mereka...

Monday, July 19, 2010

selamat tinggal!


Mengapa tidak faham?
aku dan kau sudah tidak ada apa-apa lagi,
kau selalu marah-marah, bakar diri dan rosakkan aku..
memang aku rasa rindu,
tapi rindu aku cuma sekadar kawan,
bukan seperti dulu,
hari-hari nak bersama.
jadi kita jumpa sebentar-sebentar sudah..
lama-lama nanti bikin cinta semula,
susah nanti..
penat aku cube lupakan kau..
demam-demam, batuk-batuk..
ada kau kesah?
bakarlah diri kau untuk orang lain,
selami dada orang lain...
bukan dada aku!

bye rokok!.

Saturday, July 17, 2010

Micro nya aku!

erm..
ni adalah untuk kamu yang tidak faham apa sebenarnya apa yang aku tulis,


.............................................................................................................................................
kau bunga dan kawan tangkainya.hah! diatas bukan?
kau emas dan kawan peraknya. nah! yang pertama bukan?
kau cahaya dan kawan lampunya. iya! ko yg bersinar sebenarnya..
kau minyak dan kawan keretanya. betol! tanpa kau, kawan hanya nama..

1. klu mcm nie awk tulis... awk hanya pike pasal diri awk sendiri.....
awk nak semua org utk awk... tp awk ada pike apa yg "kau" and kawan awk tu nak awk mcm mana lak...

2. then... tanpa "kau" kwn hanya nama... so awk peguna kn "kau" nie utk kwn2 awk dan diri awk... tu maksud nye... tp awk tak penah perasaan tu....

3. "kau" tu pun tak tau nak ckp apa dah tentang kehidupan awk dgn kwn awk.... klu tu yg membahagiakn awk... go la with your life.... "kau" maybe dah tak blh nak ikut rentak dan cara idup awk....
semoga apa yg awk pilih tu btl sehingga keakhirnya.... 


4. kat sini saya blh berdoa dan berdoa... semoga kwn awk akan terus bersama dgn awk..... dan awk bahagia....

5. saya tertanya knp awk tak de dlm ayat awk tu... knp kau dgn kwn jer... mana awk??


......................................................................................................................................................


ni msj yang "kau beri"..
ini jawapannya.............


1. knapa perlu awak cakap saya nak semua untuk saya?
mmg saya nak, sbb awak tu cinta, mereka tu penceria dunia..phm la ape itu cinta sebenarnya..atau maksudnya cinta itu kecil sgt dan tak bermakna untuk awak?


2.Kau cakap aku gunakan kau untuk diri aku dan kawan-kawan. IYE? atau kau gunakan aku? kau gunakan aku untuk sementara..dah ok kau bla? apa...sampai hati aku cakap mcm nie?kau tu lagi cakap tak pike otak dan hati bile cakap dgn aku..
maksud " tanpa kau, kawan hanya nama.." tu ialah, aku nk cakap yang kau tu tersangat la penting dan utamanya dari kawan-kawan aku...tanpa kau.. kawan-kawan tu cume kawan-kawan...boleh ke ganti kau?dah sah2 tak boleh...itu yang sebetulnya...jgn main redah buat kesimpulan.

3.saya tak nak awak cakap pape tentang saya kehidupan saya dan kawan-kawan saya..awak tak ada disisi..dan awak x tahu...jika awak cakap pon x tahu betol atau tak. Awak nampak saya bahgia? jika itu awak nampak terpulang...sbnarnya awak buta..! tak pe la x blh ikut, mgkin kite bukan dijodohkan bersama..

4. thanks dgn doa, jgn doa itu sakitkan awk.

5.knapa saya tak de dlm ayat2 tersebut.. itu pon awk x blh nk discribe.. sbb post tu adalah luahan dari saya...
keseluruhannya saya sebenarnya...buat ape saya nk letak saya...
dari mata saya dulu awak itu emas dan kawan itu perak..ha..itu sebenarnya..bagi sedapkan ayat...saya pendekkan..

sukahati kalau dah give up dgn saya.. saya harap apa pun yang jadi awk juga bahgia..ini semua bukan saya yang mintak, awk yang buat suma jadi mcm nie.. awk terlalu berfikir tentang awk dlm hati saya dan tidak mendengar dengan hati..jika awk dengar dgn hati awk, mgkin awk akan jmpa saya yang selama ini mahu berkorban semuanya..jgn cuma berfikir guna otak..

jika nanti orang tanya, knapa x bersama? cakap saja kerana kawan-kawannya..
jika nanti orang tu tanya lagi, knapa dgn kawan dia? jawab..die sayang kawan-kawannya...
dan jika dia tanya lagi mengapa? sbb aku x de kat sana...


hah.mgkin kita akan bersama atau tidak itu kita sendiri patutnya usha..
sy dah cuba memujuk, tp awk dah x mahu tunduk...jadi terpulang...
sy dah ajak awk berkawan, tapi melawan..terlalu sensetif dgn apa pon..
sdgkan saya kata awak segalanya...

kecik mungkin bagi awak kata-kata cinta dari saya..
so..sy yang sepatutnya pergi...
bye...









Friday, July 16, 2010

Cerita si pemain kotak bersegi

pernah main papan luncur?
ice skating?
no?
i have solution!
and ini mungkin penganti untuk semua sukan tersebut..
iya masih baru di malaysia, malahan dunia mungkin!
penciptanya tidak mahu diketahui namanya mencadangkan agar kita dapat membawa sukan ini kemata dunia.

LUNCUR MUNTAH!

ape?
geli?
haha........
si pencipta relax jerk luncur sampai bawah meja..
lari-lari mahu muntah, terjatuh dan termuntah, terseret dan terluncur..lalu di beri markah oleh abangnya!
haha



Emergency and Trauma!

Emergency and Trauma!

Mereka membantu tanpa pikir perlu..
mereka,
boleh terbang!
kuat!
bijak!
pantas!
boleh hilang!


yeah..
cool bukan..?
sbb itu mereka boleh bantu saya..
thanks!


mereka terbang dgn angan-angan..
mereka kuat dgn semangat,
mereka bijak dgn kata-kata,
mereka pantas dgn shooping,
mereka boleh hilang dgn akal..!

Tuesday, July 13, 2010

aku dah mule berminyak rambut.

apahal?
sukehati aku nak pakai ke tak..
jeles la kan aku da berambut.
haha...
mampos gadis melaya sekalian!

normal saline

yeah..sambungan..

hah..doktor tu dah tanya..
die pas aku ke doktor lain,
owh..sah..cucuk..
NS masuk dlm badan..
normal saline....


mengelupo kaki tekinje-kinje..
padahal x sakit pown.
saje nk manje2,
then..
sejam juga la aku temenung,
..pastu..go..balik..
pening..tido..

abis da....yeah..

muntahkelalah!

eyy...

rase seperti nk tekeluar semua isi perut bile muntah.
nyata demam itu adalah satu penyakit yang dibenci.
dengan belagaknya, aku tahan demam....
ingatkan makan panadol ok sudah..
tapi apakan daya, saintis penadol x hebat buat penadol..

dengan keadaan aku yang tidak keruan sudah,
aku mengalah, terpaksalah puan-puan sekalian hantar aku kehospital..
gaya pembawakan kereta intan dah memang tidak boleh disanggah,
hantu-hantu pon berhati-hati lintas jalan takut kene langgar.
haha..kekiri,kekanan,kekiri,kekanan,kekanan,kekanan...wek..boleh muntah.

sampai hospital, orait..
baru mahu baring, MOHD FAIZAL HASSAN!
owh...tak jadi baring..go..bilik 11.

en doktor: bape lame demam?
nanchan: tige hari dah.
en doktor: knape datang malam nie?
nanchan: kau nie bodoh ape?
en doktor: tangan.
nanchan: ape?nk kne tangan?
haha



wey2....sambung2...aku x larat nk taip...

Saturday, July 10, 2010

gedik di fb?

cara-caranya!
"i nk mkn" sapa nk teman? erm bosan la."
"sakit nye perut.sape nk picit".
"bosannye duduk rumah sorang"(mintak-mintak org datang ke?).
"esok malas keje la"(mentang-mentang bos tak ade FB).
"benci la"(mintak-mintak org tanye la tu sape yang dibenci).

ish..
FB sendiri?
sukehati?
pegi mati.ini blog aku..
aku tak kire kalau mahu perli.!

sebenarnya dulu kau dan kawan-kawan!

kau bunga dan kawan tangkainya.hah! diatas bukan?
kau emas dan kawan peraknya. nah! yang pertama bukan?
kau cahaya dan kawan lampunya. iya! ko yg bersinar sebenarnya..
kau minyak dan kawan keretanya. betol! tanpa kau, kawan hanya nama..

tp yang betulnya!
kau cinta kawan penyerinya!


skrg!
kau dan kawan tiada beza.

Friday, July 9, 2010

cara aku berkata-kata

dari jasad adalah tipunya,
dari lisan kadang-kadang betul dan kadang-kadang dusta,
dari hati, sentiasa pasti, tepat tapi aku cuma amati dan simpan sendiri.

jgn bertanya.
cuma berdoa.
aku mmg sedih, tapi lain punya cara..
berkongsi itu susah dan itu aku punya suka..

En. Runsing melihat aku senang di goda?

ha. mmg aku senang di goda.
tapi aku sudah minta semua berdoa.
berjaya atau tidak aku dgn doa mereka.
kita lawan ya!

Friday, July 2, 2010

idea si kaki stim!

si kaki stim kata,
"dadah itu bahaya"
tapi kaki stim layan juga.

si kaki perempuan kata
"jgn main perempuan HIV"
tapi kaki perempuan tukar pasangan bila-bila.

nyata..kita akan kata.."eleh, die nasihat lebih. tapi hampeh".

itu bermaksud anda bodoh!
menilai manusia dr perbuatan..


saatnya sonsangkan hati!

Hati ini unik, tanpa ada yang benar boleh menyentuh. Tapi percaya atau tidak, tergoncang berkali-kali sebentar tadi, amarah saya meningkat tinggi. songsang pemikiran saya, takut songsang itu bencana bagi saya. Melihat berhari-hari, mengkaji faktor mengapa diri ini diuji, tanpa mencari jawapan, jawapan itu datang sendiri.. Berkasihan depan mata, keluarga dan gaya jadi perihal borak-borak menyusun kata."mak ngan abah sporting katanya"haha..kenapa tidak sedar? Sebab anda Bodoh!

Melaram menggedik terkinja-kinja, manusia mana tidak songsang hatinya, melihat bontot dihayun kesitu kesana. Adam dan hawa, hawa dan nafsu. adam melihat hawa lalu datang nafsu! itulah jalan cerita ia dari asalnya... si Dia bukan main tunjuk perkasa, selendang hijau konon bergaya, lekuk tujuh sergam dipinggang, buku lima erat digenggam.. Mengerti pula lawannya enggang! berlawan ilmu tiada parang, menjentik usah tanda menyerang, kita tengok jika saya ini sudah mula berang!


....
Sentakan kucerita bukan sekali, tetapi jadi berkali-kali, jika bersalah, tegur dgn sebaik budi,
bukan tunjuk dan maki-maki. Tiada sebenarnya marah untuk dia kali ini, tanda sayang saya dan anda kini, berubah mengikut emosi, tapi tolong sedar saya benci.
Jangan dijaga hati saya ini, kotor dan tidak perlu dicuci, runtuhkan dan jangan risau-risau lagi, tunggu masa kaki ini berlari, jika saya berfikir-fikir lagi!

Thursday, July 1, 2010

i love you




lihat saya!
manusia atau tidak?
rasa-rasanya berhati atau patung?

haha..
yang memandang satu arah mungkin tidak akan faham,
yang memandang bersama perasaan mungkin akan salah.
perspektif nya umum.
ungkapannya juga umum.

mahal bagi saya, mahal juga bagi die, mahal juga bagi mereka.
tulus itu wajar ada,
sematkan kedada itu perlu cekal hingga keakhirnya.

dia kental dalam cabaran luarannya,
nyata kagum saya rasa!
dia berfikiran cerdik dlm minda,
nyata saya kagum juga!
emosi dia kadang-kadang hiba,
Insyaallah ia mematangkan dirinya juga.

nyata dalam dunia yang nyata i love la dia,
bukan mainan ungkapan semua ini sahaja,
kerna tuhan tahu siapa dia dalam hati saya..

jika satu hari saya berkerusi roda,
dan tiba-tiba si dia si dia menganggu tanpa ade rela hatinya,
berdoa lah si dia itu kerna kerusi roda itu pula menjadi senjata,
dan akan saya campak kemuka..

bukan i love you sang pujangga kepada gadisnya,
bukan juga i love you si dia yang lain kepadanya,
tp i love you saya yang tidak boleh akad punya cerita. 

............................ini kisah yang lain pula............................


mata bertentang, tapi tidak berkata,
respon-respon sinis buat si dia panas dan terbakar,
kadang-kadang manusia lupa untuk berhenti berusaha,
bagus kerna itu tanda i love you bg nya..

tapi si dia memandang cuma satu muka,
i love you kamu lemah dan tak berdaya,
kerlipan mata yang dipandang muka lagi gah di matanya..
perlu atau tak, kamu perlu berputus asa, 
atau ubah persepsi diri jadi kawan baginya..

si dia ini juga punya cerita,
respon-respon sinis buat si dia yang dipandang muka langsung tidak ada cerita,
gah kan apa yang dirase,
i love you back dari si punya muka dapat tak dapat blakang cerita,
janji hati puas dan si muka tahu cerita.
ketepikan persepsi gadis dan jejaka...


Wednesday, June 30, 2010

manusia dan jiwa mereka

Bercerita tentang manusia, aku adalah sama.
berkehendak, adalah salah satu sifatnya,
beremosi dalam hatinya untuk menyampai apa yang dirasa.
kadang-kadang emosi itu menjana perbuatan dan percakapannya.
Apabila seorang manusia itu terkecewa, dia akan cuma memikirkan kecewanya,
jadi untuk berbalik kepada tidak kecewa adalah menjadi sukar.
Jika bercinta juga, bermain dengan emosi..mengawal perasaan cinta itu,
berpusing dlm suasana itu sahaja. jadi tahi-tahinya adalah kenangan indah bersama.
Jika tahi itu wangi, dibiarkan saja..
pabila terluka, sudah banyak tahi wangi dalam hatinya, sudah berkerak dan melekat di dinding jiwa, snang atau susah untuk cuci tahi itu semula?
jadi cara senangnya...
ambil api dan bakar semua....

manusia ini punya dua cerita,
yang baik atau nakal-nakal sahaja,
yang baik itu ada juga nakal-nakalnya,
yang nakal itu ade juga baik-baiknya.
btol?

sendiwara,
perlu untuk wujudkan suasana,
sendiwara manusia bergaduh bercanda,
bercerita yang tidak suka,
memesong pandangan agar manusia yang lain beralih haluannya..

ini yang dicerita bukan semua...yg phm perlu berfikir.
yg tidak, diam dan senyap

Tuesday, June 29, 2010

Pondok baru

ye ye..!
ye ye..!
sambil meloncat dan berkata,
dapat rumah baru....
hahaha...

tapi dalam hati kata ada lg sedih....

mengapa?
kerna aku perlu beringat kisah kita di sana,
rumah lama..
tempat kita bersama putikkan kasih sayang sesama kita.


ini cerita ada orangnya,
dlm hati ada ruang-ruangnya,
sayang itu sebagaimana telah dicerita.



Monday, June 28, 2010

Friday, June 25, 2010

Aku manusia nomad berjiwa hippies



sedar atau tak, aku sekarang berpindah randah,
jatuh,jatuh dan trus jatuh,
mandi, makan, minum, pakaian bersepah,
aku dah sepertinya ibarat sampah.
kehulu kehilir,
tanpa mengetahui sebab dan akibat,

pinggang berpusar dua,
mungkin ada yang kata sebab gejala lama,
tapi sudah berhenti kerana tiada penduanya,
bgus juga..
tapi sakit tak henti meminta sentuhan semula..
tidak hati aku berkata, kerna ini perangai syaitan punya cara.




Thursday, June 24, 2010

si pandai makan taik sendiri

aku ade kenal satu mamat nie...name dia anwar..
anwar nie pulak keje x habis2 mengutuk..suka ejek nama abah2 or bapak2 orang len..
kadang2 jadi bahan berhibur sendiri...
di pendekkan story haku..

sebelum aku pendekkan story aku..
aku bagi tahu nama real abah aku kasi kat aku..
SHAHRIZAN BIN MAT JEN..

satu hari yang penuh yakin...
si anwar anak kepada si bahalul nie datang ke umah aku..
dengan berbasikal bmx rambut sikat pacak..
kayuh penuh yakin lalu berhenti penuh kepak..

MAK HAKU: yea nak cari sape ea???

ANWAR: CIK SAYE NAK CARI MAT JEN?? MAT JEN ADE X KAT UMAH??

ape lagi abah aku lah yang keluar... pastu lagi..

MAT JEN: YEA CARI SAPE???

ANWAR: CARI MAT JEN..MAT JEN ADE X???


so nampak lah sangat.si pandai makan taik sendiri..
.jadi pengajaran yang agak berfaedah untuk kepala hotak masing adalah:

-kalau nak jadi pandai biar pandai betol..
- lagi satu ngat atau name kan name anak2 dlu kemudian name bapak
- jangan slalu kutuk mengutuk orang laen..kutuk diri sendiri its  ok la..


jan

Wednesday, June 23, 2010

sudut pandangan kawan dari abah aku pula

ya, saya tahu maksud itu kawan.
Makan, memang kebiasaannya auto dalam otak.

kawan, bagi aku adalah mereka yang saling bersama,
sepertinya 5 6 jam itu adalah biasa untuk bersama,
jika diluangkan dgn kekasih, mungkin semak jadinya.

bercerita tentang kisah nenek adalah expressi tentang pengalaman,
bercerita tentang balak atau awek adalah perkongsian,
diambil dari keduanya pengajaran..
blanja makan bergantung pada keiklasan,
cucuk line itu khiasan.

kesan adalah akibat,
akibat datangnya dari perbuatan,
perbuatan dari fikiran.
jadi asalnya adalah dari diri sendiri..
jatuh pointer insyaallah kawan juga akan merasa,
yang merasa benar kawan,
yang tak terasa mungkin itu sebenarnya lawan.

jarak dan waktu ada yang memain peranan,
exploitasi pemikiran antara kawan,
cara perkawanan itu perlu dititik berat,
sehari boleh rapat,
jika kawan di china boleh lagi jadi erat.

pencuri, perompak adalah bidang,
mereka tetap kawan,
pernah dilihat sekumpulan kawan merompak,
tp sorang tertembak,
lain membalas tembak untuk menyelamat "kawan yang ditembak".

penipu juga kawan,
indah dunia berkawan jika ini semua ada.
jika tiada, kawan mungkin tidak boleh naik darjat menjadi sahabat.

siapa saya dimata kawan?
tanya kawan - kawan siapa saya!


ini, sangkalan untuk syahrizan post,
mari berkawan dlm penulisan,
kalo anda berblog, anda kawan yang akan sy cuba sangkal selalu.

sudut pandang kawan dari mata abah kau

korang tahu x ape kawan tu?? makan tau? meh abah aku bagi tahu...

kawan??
aku ade kawan melepak ngan aku 5 6 jam sehari..
aku ade kawan berborak ngan aku 5 6 jam sehari..
aku ade kawan selalu nasihat aku 5 6 kali sehari...
aku ade kawan blanje aku makan 5 6 pinggan sehari..

sebab??

5 6 jam kau slalu berborak pasal benda bodoh...contoh bola dengan kenangan silam nenek kau
5 6 jam kau rajin uat super saver sampai nenek kau panggil kau pun x dengar...
5 6 jam kau berborak pasal masalah balak ngan pakwe kau...
5 6  kali blanje sebab awek dia cantek leh kau cucuk line kat situ...

kesan??

kalau pointer abah kau drop ade diorang tahu...
kalau kau jatuh naik ade diorang kesah...
????????????????kawan??????????????

kawan lagi...

kawan..dia kena dekat ngan kau kew?? tempoh berkawan?? sebenarnya x penting pun..kena ke menilai seorang kawan melalui tempoh persahabatan??? contoh: aku dah kenal kau lame so aku percaye kat kau..
so percayelah...jatuh naik itu kawan..pencuri itu pun kawan...menipu itu kawan...benar jugak adalah kawan..jadi sape kawan?? berkawan itu x salah..tapi sape anda untuk kawan dan sape anda untuk diri anda???

jadi sape anda??

anda boleh menjadi terbaik untuk kawan selepas anda menjadi terbaik untuk diri sendiri...
kawan itu pengaruh...
jadi sebenarnya xde istilah kawan..
kawan tu bukan pengenalan orang laen terhadap anda..
tapi pengenalan atau penyerbaran cara,sikap dan pengaruh anda sendiri terhadap orang lain...

jadi sape yang salah???

anda atau kawan????


dari jan yang kurang berkawan kepada nanchan
walaupun kau dah tido awal sebab abah kau suruh..
ikhlas dari shahrizan bukan kawan kepada anda..

Tuesday, June 22, 2010

"i love you" atau "jom pegi klinik"?

Mengerti tentang cinta,
itu adalah perkara bisa bagi semua,
mudah jika kita paham perbuatan dan percakapannya.
satu jika dari kata - kata,
satu lagi jika dari perbuatan si kekasih atas dirinya.
mana satu yang lagi mendalam bagi anda?
bicara atau perbuatannya?

Dilihat dari satu pasangan,
melontar kata - kata cinta,
si kekasih ternoda dgn kata - kata,
tapi akhirnya bencana.
walaupun iklas ketika bicara.

Dilihat pula dari pasangan yang berbicara menggunakan perbuatannya,
"owh i blh dtg jumpe u mlm nie, sabar ye, i tgh drive lagi dr johor nie, u tunggu je kat cheras tu. tp kejap je ar, sbb i kne keje sok."
hah.ini contoh bagi mereka yg melontarkan sayangnya melalui perbuatan,
kata - kata perlu dilontar sekali sahaja.

mana yg lagi bagus?

Thursday, June 17, 2010

Mungkin tidak percaya

Memang pasti kali ini tiada lagi,
sisihan - sisihan hati ini sudah tebal dan kebal kali ini,
kau cuit aku tampar,
kau coret aku langar.

Begitu sekali kali ini,
rasakan bahawa dunia ini bukan sentiasa boleh diputar sesuka - hati,
palsu - palsu yang selama ini keluar dari mulut dan raut muka,
jelas skali reka - reka..
pura - pura.

Aku mula sudah punya semua,
pergi mati jika kau berkata,
mengikut bicara kau, "sukati aku punya suka".
nah....
aku lontar..

Aku lontar jauh,
bagiku ketika ini bulan itu paling jauh,
jadi aku lontar kesana agar iya betul2 jauh.
haha ..


"kini aku tahu air mata itu sebenarnya boleh menjatuh dan dipalsu"


Maaf pada yang leka dan lepa membaca,
sematkan pada hati anda,
pura - pura boleh bikin bencara,
nescaya satu hari nanti kamu semua akan terjumpa.

Kentot

Bunyinya mengamit,
semua mungkin terpaku,
ada yang tidak dan ada yang ya mengatakan kentut itu berbau,
kadang - kadang ada yang menutup hidung walaupun tidak berbau,
berpura - pura seakan kentot itu dan dia tidak pernah berlaku.

Thursday, June 10, 2010

coretan hitam didinding rumah.

Kecuaian mungkin jadi punca, tapi salah siape tiada dalam pikiran aku,
mengapa?
sbb rezeki, bala, semua diatas sana pya kerja..
walaupun cuma tandas yang terima bencana,
tp satu rumah banjir basahan air yang bocor dari tandas sana.
Pc, telepon, mungkin jahanam selamanya..
kite lihat nti jika dicuba.


Mungkin ini semua satu ujian. Jika benar aku tabah!
Tapi tabah aku cukup melihat apa yang terjadi,
bukan tabah untuk melihat mereka yang aku sangat sayangi
ketika ini teresak berduka bersama dalam masaalah yg dilalui.
Aku?
Mungkin tiada air yang mengalir dimata.
Dalam hati, bagai curahan air hujan yang diberi tuhan.
Itu mungkin aku.
Kesabaran itu utama dalam hati aku,
Kasih sayang sebaris dgn nya.
Noktah kecewa aku dah buang sebab aku tahu, aku kene usha utk berjaya.
Tapi mereka?


Cabaran ini besar,
aku ingat!
air mate x sia-sia.
janji aku akan balas semua,
janji aku yang mengalirkan air mata itu akan jadi kawan smpai bila2!

Monday, June 7, 2010

Insomnia, sleeping disorder and Me.

Dulu aku cuma rasa kurang tidur adalah satu perkara yang biasa.
Rupa-rupanya adalah salah satu masaalah yang boleh menjadi kronik lagi.
owh...fucking tired!



Cognitive-Behavioral Therapy adalah salah satu cara untuk mengatasi masaalah ini.
aku post pasal nie sbb aku dah rasekan.
aku dah mula kronik!
ish!


Friday, June 4, 2010

monolog cinta si dia yang sakit jiwa!

aku perempuan.
aku lantang.
mudah dibenci.
cukup kasar untuk membelai.
lalu aku jerit.
hei kamu kamu
jangan sesekali jatuh cinta pada aku
aku masih bodoh dan perlu berguru utk kembali bercinta.
aku masih tunggul kerna itu xdpt rasa cinta.

aku perempuan.
aku xcukup melayu.
mungkin kerna tiada melayu mengalir dalam darah aku.
aku sakit jiwa.
aku palsu. terlalu plastik..........baca lagi disini

Extra-Sensory Perception



Extra-Sensory Perception

ESP ialah kebolehan pengetahuan tanpa melalui pancaindera.
Jenis-jenisnya adalah: 
1. Telepathy
2. Telergy
3. Spiritualism..............baca lagi Disini!

Saturday, May 29, 2010

its complicated

suddenly i realize, no matter how hard i try.. it will come back. flashing my memory.
even more faster than lightning..
harder and harder it become...
even if i blink my eye, it still can flash back..
think how deep love can be..
think how screwd me in this stuation..
it better with you, even more better without you..
but....owh..shit~

Ungu - Untukmu Selamanya (HQ - Audio & Video)

WALI BAND egokah aku

Ungu - Kekasih Gelapku (HIGH QUALITY - Better Audio)

review unggu from me.!
nice band..nice song.
wait!!!

Info to all blogger!

saya akan ambil sesuke hati post2 yg anda telah pos yg sy rasakan tulisannya menarik.
jadi jgn ambil hati..nama anda akan saya paparkan....

Friday, May 28, 2010

configurasi yang tidak stabil!

Disebabkan configurasi modem aku yang entah ape-ape.
setting dari mereka yang diiktiraf tapi tak berpengalaman.
Jadi masaalah putus bekalan terjadi.
Access ke internet tidak dapat dilakukan.

Langkah bijak dari aku ialah menggodek sendiri ape yang boleh,
dan dari kepakaran yang ada..
aku boleh semula mengakses dunia..!!

Friday, May 21, 2010

Remaja dan konflik?

Konflik Remaja

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
  • Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
  • Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
  • Merasa diri dilayan secara tidak adil
  • Kesunyian
  • Sukar memahami emosi
  • Susah membuat keputusan

Penyelesaian Konflik
  • Kenalpasti punca konflik
  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
  • Janganlah menyalahkan orang lain
  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
Remaja yang Positif
  • Bertimbang rasa
  • Yakin terhadap diri sendiri
  • Sedia menerima nasihat dan teguran
  • Sabar
  • Bertanggungjawab
  • Rajin dan suka menolong
  • Mahir berkomunikasi

New! VOICE.read and enjoy.

Click and read my fellow blogger.
New site call VOICE on my page.

  v---- review---v


Perihal paksi kehidupan

bila matahari masih berada dipaksinya,
berputar2 mengelilingi bumi..
menyuburkan kehidupan didalamnya.
dan bila bulan pun berputar dipaksinya,
berputar2 mengelilingi bumi..
memberikan keindahan ........... Click here to read more!


---------------------------------------------------------------

Prasangka


tatkala bila si aku berlari,
selepas hujan,
mengejar keindahan terbitnya matahari,
dan tatkala itu bersiul sang burung - burung,
bersiul menandakan bahawa ...
read more here




Thursday, May 20, 2010

info!

Ada pages baru di blog saya.
Sila click dan lihat informasi nya.
Sekarang saya berminat tentang kaitan diantara product makanan dan kesihatan.
Jadi view nya dibahagian info. Dan jika rajin, saya akan post di pages NANCHAN sekali.

Swim Flip !


Date : 19 may 2010
Time : 6.15pm
Place : Kondo BUTL
Event : Swimming~
Picture By : LinaMadiha


yes. fun and make me happy!


{pic by madi}
topek baru nk turun!





Mia and Red
walking round pool




Friends
Topek Tiup buih
Mayat muka ungka!




hoh!
me talking nonsense


 

yeah..

Me jumping like superstar!



itu je story nyer.
anyway for affy..
selamat hari ulang tahun ya~

WBC


Foods That Increase WBC Count 
  • Yoghurt
  • Garlic
  • Oysters
  • Pot roast
  • Dark meat turkey
  • Pumpkin
  • Squash seeds
  • Shitake mushrooms
  • Spinach
  • Carrots
  • Melon
  • Oranges
  • Fish oil
  • Beet root
  • Milk
  • Figs
  • Boiled eggs
  • Green Grams
  • Pulses
  • Legumes
  • Cereals
  • Asparagus
  • Broccoli
  • Cauliflower
  • Strawberries

Tuesday, May 18, 2010

BAND

THE MANHATTEN Q


lemon n orange.

kadang-kadang org lain kate aku bangang dlm kasih syg..
ye..aku mengaku aku memang!
tapi kerana untuk aku orang yg aku sayang adalah segalanya.

kdang2 orang kata aku bodoh bila buat lawak,
ye mmg aku bodoh..
tapi bodoh aku untuk hiburkan orang...

kadang2 orang kate aku x cerdik buat keputusan,
btol!aku x cerdik...
tp x cerdik aku kerana fikirkan efect keputusan lagi satu yg akan sakitkan orang..


orang kate aku gila dlm banyak perkara......
tapi diorang sedar x gila aku untuk siapa sebenarnya?


untuk korang~

gerimis dibulan!

Aku mungkin pernah postkan" gerimis dibulan" ini satu ketika dulu.
Tapi hari ini aku menulisnya semula.
Dulu untuk gadis yang kucinta, tetapi hari ini untuk sahabat aku yang paling aku sayang.
gerimis dlm ertikata lain duka dan bulan itu sebenarnya aku.

{"wei..bulan dow...
lawakan?
kalo misalkate aku x de nti, ni la satu care korang nak ingat aku..
korang pandang bulan tu, pastu sebut name aku dgn tangan korang tadah dan terus doakan aku skali ye.."

korang tahu.aku yakin dkat bulan ade embun, ade gerimis..bile korang ingat aku nti..korang boleh cakap... [nanchan kate kat bulan ade embun dan gerimis.die yakin sgt kat sane ade due bende tu...]

"kalo kite jam kat sane..korang rase mahluk alien suke x?
kalo kite jual kuewtiaw dkat sane, boleh laku ker?
ish....kalo kite saba, msti boleh laku kan?

ish...........lawa la..

x pe la...slagi bulan tu ade..aku harap korang boleh ingat kat aku walaupon aku da x de k."}




mengejar dunia?


Satu jalan untuk kita tidak payah - payah mengejar apa yang mahu dikejar adalah menidakkan apa yang dikejar.




Monday, May 10, 2010

chrome os

best os now i think.
so use it

Saturday, May 8, 2010

New line.

Thanks tM.
blh on9 slalu da...

Tuesday, March 2, 2010

mai..mai

mai kenduri..mai kenduri..
lai...
sabtu nie.
sc 19 sri cendana.
bandar universiti tech lagenda.
mantin n9.
mari meriahkan majlis.

-nanchan-

Tuesday, February 23, 2010

kedai baru nanchan "yeah"

huhu..
lama da x memblog,
rindu gak.tp nk wat cam ne.
bz.
1/3 dr kehidupan jerk leh relax.
x pe la..

anywy.
pray evrybdy.
untuk kejayaan aku.
coz next week.
"kedai buka".