Saturday, August 21, 2010

aku bisa tersungkur!

hari nie aku melangkah kedalam lagi,
aku melihat aku diletak sebaris dgn para mereka
nyata ingin menangis..
berbeza dan jauh aku boleh tersungkur,
memang, duduk samanya rendah..
tapi bila berdiri, tidak samanya tinggi bila dengan mereka,
nama-namanya terkeluar, mulanya tiada dalam otak ku, tapikau tanam dalam minda, dan kadang-kadang buat aku sendiri curiga,
cuma aku selak-selak satu persatu di alam maya ini,
aku fikir, layakkah aku...
sedangkan mereka-mereka itu jauh istimewanya,
nyata dia yang boleh membina jawapan...
mungkin ianya masih baru.

Friday, August 20, 2010

Romantik?


aku  selongkar alam maya ini sekeliannya,
aku skip satu persatu cerita cinta yg aku ada,
aku tapis baris-baris lagu untuk mengurai apa itu cinta.
semata-mata untuk dia..
ini berbeza....
nk berlagu nada?
kene siram air sudahnya.
nk bersurat cinta?
mampos aku mahu pikir kandungannya. research-research tadi susah mahu guna.
mahu candel light dinner?
itu tggu mahu kawin punya cerita..
tgk kemampuan la juga..

dari subuh kemalam.
tenteram?
bodoh! sudah tentu tidak!
mengapa?
cerita cinta, mmg begitu hasilnya...

mahu tahu bagaimana aku sitidak romantik melamarnya?
biar si dia bercerita...`
kisah sidia apa yang dirasa..

Wednesday, August 18, 2010

Kelibat!

melihat kelibat pasti rasa takut,
digembar-gembur selama lima tahun yang sudah..
banyak yang telah aku belajar,
lenggok-lenggok wanita dan emosi yang mengawal mereka,
mempermain rasa sayang aku sebenarnya..

kadang-kadang ada tangis dalam kesedihan,
tetapi riang didalam hatinya,
kadang-kadang suka,
tapi pura-pura tidak mengendahkannya..
itu la dia..

mmg ada usha,
tapi lagi byk dukanya,
bila tiada tarikan kpdnya, mula dia menggoda..

tiada perasan aku selama yang lepas..
kini aku bangkit dan sedar,
tipu-tipu sentiasa berlegar,
letak kan semua salah seperti biasa,
aku sudah tidak kesah.

lebih baiknya tiada,
dari meletak aku sentiasa didalam bencana,

semoga diatas memberi yang terbaik,
amin!

se-round.

fenomena anih disekeliling..
kurang menggemari,
jika berdiam, aku kurang selesa,
jika aku bersuara, aku marah tp dgn sebesar kuman sahaja,
jika aku berubah...paham paham sajalah..

yang sekeliling penting,
yang sekeliling runsing,
yang sekeliling pening...
ish....

dicuit menangis...











putih latarnya

kadang-kadang aku sendiri gentar,
kata-kata yang dulu-dulu membuat aku berfikir..
dimana dan akan kemana diletaknya aku nti..
mungkin kepenjuru-penjuru hatinya?
mungkin kepelusuk-pelusuk mindanya?

berfikir lagi,
latarnya kain putih, latarnya suci dan indah,
memilih bukan dari aku,
memilih datangnya dari kamu,
layaknya atau tidak diletak atas kamu..

mengapa?
kan udah dikata,
latarnya putih, tidak aku yang kehitaman!
pilih jalan mana pun...
bukan tiada kisah..
sebab layaknya kamu, bukan aku...

Cuma satu nasihat,
jgn terlalu bermain dgn kata-kata dan lenggok anggota,
kerna aku berfikir dari sana..
tindakan aku pon berasalnya dari kata kamu sbnarnya..
jgn sesedap suka,
kerna dalam tiada sedar aku memerhati sebenarnya..
phm-phm saja...
kata-kata dan perbuatan menentu masa depan ya?
tp sedarlah, kata-kata silam seketika dulu harus juga dikira...

Monday, August 16, 2010

adakah bakal taufan?

pening dan merasakan fenomena anih!
kurang selese la!

Saturday, August 14, 2010

si kudung yang malu!

silakan..
aku senyum,
silakan..
aku gelak dan ketawa.


Lihatlah dengan apa cara,
yang pasti ia adalah aku.....
lihatlah dengan apa cara....
dipersoal aku....
masa depan?
tentulah ia nya masa depan aku...

mmg terhuyung-hayang.
tapi aku mula belajar semula berjalan,
biasa la...
dulu kakinya dua, skrg cuma satu....
agak kekok la disitu..
kaki yang putus itu,
dah tentu tidak akan disambung,
mengapa?
sbb aku kan dah cakap,
aku sedang belajar berjalan guna kaki yang satu..

jgn la dipersoal selalu..
si kudung ini malu.
si kudung berkaki satu.

Friday, August 13, 2010

kata boleh tenggelamkan dunia?

Kadang-kadang diri mula lupa asalnya,
pemikiran-pemikiran longgar bila berkata-kata harus dielak,
perlakuan-perlakuan berkhias expresi jijik harus tidak diperlihat.
tercuit sedikit bersapuan, terguris sedikit bagaimana hendak dibetulkan?
kata-kata diharap bagus sentiasa,
kerana kata apa-apa bisa...
benarkah bisa?
atau kita hanya berdrama sepanjang masa?
bila mengguna pancaindra dan alam maya,
sedar...yang diatas mengumpat diri dibawah, dibawah mengumpat diri diatas...
haha..
jgn pernah terguris dgn penulisan aku.
benar, ini luahan nasihat  :-)