Tuesday, November 9, 2010

Hey yang terkinja! apa tujuan kamu?

setiap mereka berkarya,
setiap mereka berkata seni itu ada pada mereka,
setiap mereka berkata mereka ingin menyumbang pada seni negara,
tapi walhalnya mereka akan lupa,
yang di niat mereka lupa,
egois, dalam semua karya,
matangnya tidak, cuma suka-suka,
mengapa?
pepatah lama berkata "tepuk dada tanya selera".

alpagios, pentatonic, swapping yang diutama..
bukan mentronom yang di kira pada mula,
hasilnya?
karya agung bagi mereka..

pembawakan kawan..
pembawakan..
yang dicari itu penting...
pilih disini..

1. penyampaian dan expresi emosi sendiri?
2. suka-suka sendiri?
3. mahu popular yang dicari?
4. minat yang tinggi?
5. menyampaikan item-item yang direka tanpa di copy?
6. duit?

selayak tingginya sekarang ini..
karnival sana sini...
mengapa?
sebab peminat mereka, mereka, dan mereka,
berpura-pura sebab kawan-kawan mereka kata pada mereka, yang mereka suka, lalu mereka pun cuba turut suka..
mereka itu anda ditakuk situ saja.
sedar..
jika mereka menggila sebab karya itu sememang nya unggul semacam karyanya Allayarham Sudirman,
mereka buat konsert dimana pun mereka pasti boleh datang,
bukan dekat chow kit road sahaja tahu?
dulu lain sekarang lain bukan alasan..
cuba..renungkan sahaja..
aku juga masukkan dalam diri,
marah tidak sekali,
cuba mengguris yang lain, yang angkuh bila sudah tinggi, yang lalai bila diselubungi keseronokkan sendiri..
walaupun secebis cuma, yang membaca, yang pernah berkata aku mahu jadi seniman juga, pilih dan tetapkan cuma..mana tujuan sebenarnya...

No comments: