Wednesday, October 24, 2012

pelakon pentas dunia.

dunia ini sekadar pentasnya,
kita para pelakon sekalian,
kita para ahli pewarna cerita..

lukis,conteng skrip mengikut apa yang kita gambar dikepala..
ikut sahaja.....

ceria jika dalam karya itu kata ceria,
sedih jika dalam karya itu tulisnya sedih..
tapi balik semula pada pelakonnya....itukah apa yang dirasa?

petik cahaya  mancis di tepi hati ini,
curahkan dengan gula,
biar bercahaya sambil manis rasanya..
....sudah lumpuh, sudah lumpuh...
tolong percaya..
pelakon ini wataknya sudah hampir ke akhir babaknya.



- by faizal hassan nanchan-


Thursday, October 4, 2012

bagaikan jarum

halanya adalah untuk membawa yang lain terus menyusur,
halanya memberi laluan bermakna,
kini..
jarumnya patah, depannya jalan entah kemana,
benangnya tiada lagi tuju..

indah perihal jarum jika dicerita..
maknanya bukan biasa-biasa saja..

petisan sisa-sisa ini untuk aku sahaja,
sudah tidak atau perlu,
tiada sapa untuk dikongsi..

sorok jika masih berupaya,
senyum selamanya.
biar kabar aku indah dari rupa,
biar khabar ini senang untuk semua.

bagai jarum semula....
sepatutnyer tujuannya tegak terus merapat semua.